Rasulullah Peniaga Yang Handal.
Ya Allah, murahkan lah rezeki kami dan keluarga, segenap
member kami dan keluarga Tunjukkanlah jalan yang lurus dan benar..Amin
Bekerja dan berniaga adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Baginda
mula berniaga ketika umurnya sekitar 12 tahun. Ketika itu baginda mengikuti
bapa saudaranya, Abu Talib berniaga di Syam.
Rasulullah s.a.w juga diketahui sangat rajin sejak kecil. Baginda bekerja mengembala kambing dengan mendapat upah beberapa qirat (sen) sahaja. Hasil kerja baginda ini digunakan bagi membantu keluarga Abu Talib. Hal ini disebut dalam hadith baginda ;
" Allah S.W.T tidak mengutuskan seorang Nabi melainkan diamengembala kambing." Para sahabat bertanya berkenaan diri baginda. Baginda menjawab, "Ya!..Aku juga pernah mengembala kambing penduduk Mekah dengan mendapat upah beberapa qirat."
(H.R Bukhari)
Salah satu dari sunnah Nabi S.A.W ialah berniaga, kerana 9/10 rezeki datangnya dari berniaga.
Cara Nabi berniaga :
Rasulullah s.a.w juga diketahui sangat rajin sejak kecil. Baginda bekerja mengembala kambing dengan mendapat upah beberapa qirat (sen) sahaja. Hasil kerja baginda ini digunakan bagi membantu keluarga Abu Talib. Hal ini disebut dalam hadith baginda ;
" Allah S.W.T tidak mengutuskan seorang Nabi melainkan diamengembala kambing." Para sahabat bertanya berkenaan diri baginda. Baginda menjawab, "Ya!..Aku juga pernah mengembala kambing penduduk Mekah dengan mendapat upah beberapa qirat."
(H.R Bukhari)
Salah satu dari sunnah Nabi S.A.W ialah berniaga, kerana 9/10 rezeki datangnya dari berniaga.
Cara Nabi berniaga :
Mengikut riwayat Nabi menjual barang-barang baginda tidak seperti
cara yang diamalkan oleh kebanyakan peniaga atau lain-lain saudagar ketika itu.
Baik peniaga Arab atau bukan Arab. Biasanya para peniaga kebanyakannya mereka
menjual barang-barang dagangan mereka dengan cara meletakkan harga setinggi
mungkin. Tetapi Nabi menjualnya dengan cara memberitahu harga asal dan meminta
para pelanggan atau pembeli membayar berapa harga yang mereka kehendaki. Dengan
cara ini pembeli merasa puas dan suka hati kerana mereka merasa tidak tertipu
oleh peniaga. Nabi juga mengambil sikap menjual modal apabila si pembelinya
seorang yang benar-benar miskin tetapi memerlukan kepada barangan itu.
Berniaga dan menjadi Usahawan adalah salah satu SUNAH Nabi.
Daripada pengalaman ramai kawan-kawan yang ingin jadi Usahawan tapi tidak
berani. Pekara yang paling di takuti ialah takut RUGI, takut GAGAL,
takut BENGKRAP dan beribu lagi alasan.
Jika kita membaca biografi usahawan-usahawan yang berjaya,
kesemua mereka telah melalui kegagalan.
KEGAGALAN adalah package untuk menjadi usahawan yang BERJAYA.
Jadi jangan takut untuk GAGAL. Dan jangan fikir buat satu bisnis terus je
berjaya. Kebiasanya Usahawan yang berjaya itu telah mencuba pelbagai bisnis
sebelum mereka meraih kejayaan.
Kita tidak akan merasa serasi dengan sesuatu bisinis sebelum kita
mencuba perniagaan tersebut.
Cara yang paling bagus sebelum kita memilih sesuatu perniagaan
adalah buat solat Isthikarah. Setelah berusaha bersungguh sekiranya
BERJAYA Alhamdulillah tetapi sekiranya GAGAL pasti ada hikmah yang baik dari
ALLAH swt.
Jangan lupa amalkan solat dhuha setiap hari
kerana solat dhuha itu adalah kunci rezeki. Berniagalah mengikut sunah Nabi dan
jangan sesekali menipu timbang.
JANGANlah kita berputus asa jika baru 3-4 kali gagal
berniaga samada perniagaan offline atau online dan JANGAN sesekali
menyalahkan orang lain bila kita
GAGAL…REDHA ada ilmu yang ALLAH beri dari kegagalan kita dan
mungkin juga ALLAH hendak bersihkan harta kita untuk kebaikandunia dan
akhirat.
Kejayan tidak akan datang sekelip mata.
Firman ALLAH sw surah Fudhilat ayat 49 yang ertinya : “Manusia
tidak jemu memohon kebaikan dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi
putus asa lagi putus harapan.”
Dan berniaga jugalah cara untuk membuat kebajikan dengan
mudah.Berniaga dengan tidak mengambil keuntungan yang melampau,tidak
mengurangkan timbangan,selalu melebihkan timbangan kepada pelanggan,bertimbang
rasa serta jujur dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah.Itulah antara cara
Nabi S.A.W berniaga.
----------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan